Aspek pembaharuan, transformasi mampu bantu CO-DIDIK capai usia 100 tahun

KUANTAN – Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (CO-DIDIK) disasarkan terus berkembang dan meningkatkan daya saing melalui pelaksanaan pembaharuan bagi memastikan kelangsungan koperasi itu sehingga mencapai usia 100 tahun.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, usia koperasi yang telah mencecah 76 tahun itu membuktikan pengurusan yang baik, selain integriti dan amanah menjadi asas penting dalam memastikan kelangsungan CO-DIDIK.

“Usia 76 tahun ini menggambarkan pengurusan yang baik. Integriti dan amanah yang diamalkan memastikan kelestarian koperasi ini.

“Lebih kurang tujuh dekad sudah pun berlalu. InsyaAllah kita mahu teruskan lagi… mungkin tiga dekad lagi bagi mencapai 100 tahun.

“Saya berpesan agar mereka melaksanakan beberapa pembaharuan dan transformasi untuk menjangkau tiga dekad mendatang,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan CO-DIDIK kali ke-86, selaku wakil rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Atabara, Bandar Indera Mahkota 14.

Menurut Amizar, kehadiran lebih 50 peratus daripada keseluruhan kira-kira 4,200 ahli pada mesyuarat tersebut adalah petanda positif terhadap perkembangan CO-DIDIK di bawah kepimpinan sedia ada.

“Pihak kerajaan negeri juga menegaskan dan komited untuk membantu segala keperluan yang perlu untuk kita lihat dan senaraikan berdasarkan keperluan terkini dan semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan kemudahan pinjaman serta geran kepada koperasi yang layak.

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan melalui geran tertentu berdasarkan permohonan dan kertas kerja yang dikemukakan oleh koperasi.

“Pihak SKM menyediakan ruang dan peluang pinjaman dan geran. Malah kerajaan negeri juga menyediakan sedikit dana untuk membantu koperasi-koperasi yang ingin menjalankan perniagaan dengan lebih baik,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan