Lelaki dipenjara 5 tahun dan disebat akibat kesalahan dadah berulang

SERIAN – Seorang lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Riiah Daso dijatuhi hukuman penjara 5 tahun 1 bulan dan 2 sebatan akibat kesalahan berkaitan dadah secara berulang.

Ketua Polis Serian, Superintendan Freddy Bian Stanislaus Bian berkata, hukuman tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen 4 Kuching pada 27 Ogos lalu.

Freddy berkata, tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(1) akta sama.

Beliau berkata, lelaki berkenaan turut diperintahkan menjalani Perintah Pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB 1952 selama 2 tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Freddy berkata, Polis Serian khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik akan terus mengambil tindakan tegas terhadap pengedar serta pengguna dadah yang melakukan kesalahan berulang.

Beliau berkata, golongan yang melakukan kesalahan berulang ini tertakluk kepada tindakan tegas di bawah Seksyen 39C ADB 1952.

Tambahnya, tindakan berterusan itu merupakan komitmen polis dalam membanteras penyalahgunaan dadah di daerah tersebut selain memastikan pesalah berdepan tindakan undang-undang.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia