Kerabat Diraja Pahang berkabung tiga hari

KUANTAN – Seluruh kerabat Diraja Pahang berkabung selama tiga hari berikutan kemangkatan kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Titah berkabung selama tiga hari itu bermula 27 hingga 29 Ogos sebagai tanda penghormatan dan dukacita Kerabat Diraja Negeri Pahang atas pemergian Almarhumah.

“Sepanjang tempoh berkabung tersebut, Kerabat Diraja Pahang dikehendaki memakai pakaian berwarna putih, manakala kerabat lelaki turut memakai songkok yang dililit kain putih sebagai tanda berkabung,” menurut kenyataan media itu.

Dalam pada itu, Mohamed Zahari berkata, kaum keluarga Kerabat Diraja Pahang turut digalakkan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin buat Almarhumah sepanjang tempoh berkenaan.

Pemergian Almarhumah adalah kehilangan besar kepada Kerabat Diraja Negeri Pahang, khususnya kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Pahang turut diseru bersama-sama menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar roh Almarhumah mendapat keampunan serta rahmat dan ditempatkan di syurga Allah SWT.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM