Wan Rosdy puji projek ganti paip RM11.19 juta siap tiga bulan lebih awal

MARAN – Projek penggantian paip bernilai RM11.19 juta bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih dihadapi penduduk khususnya di mukim Chenor di sini berjaya disiapkan tiga bulan lebih awal dari tempoh ditetapkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut melibatkan penggantian paip lama di beberapa kawasan termasuk Kampung Serengkam, Kampung Ulu Luit, Kampung Pejing, Ulu Jempul dan Chenor.

Menurutnya, perkembangan itu sesuatu yang membanggakan kerana dalam pelaksanaan sesuatu projek kerajaan, masa sangat penting.

“Apabila ia dapat siapkan lebih awal, rakyat juga dapat menikmati manfaatnya lebih awal.

“Kita tidak mahu projek hanya siap di atas kertas. Kita mahu projek yang siap itu benar-benar menyelesaikan masalah dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Majlis Penyerahan Projek Siap Daerah Maran di Loji Rawatan Air Chenor di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Ir Zulkiflee Omar.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri melalui PAIP telah melaksanakan Transformasi Air Pahang sejak tahun 2021 bagi menyelesaikan masalah yang sudah lama dihadapi rakyat.

“Kita letakan sasaran yang jelas, iaitu 90 peratus masalah ‘blackspot’ bekalan air di seluruh Pahang diselesaikan menjelang akhir tahun 2026.

“Alhamdulillah, hari ini kita sudah dapat melihat hasilnya di mana Bentong, Cameron Highlands, Raub dan Kuantan antara daerah yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Tambah Wan Rosdy lagi, daerah-daerah lain juga sedang bergerak ke arah yang sama termasuk Maran.

Sementara itu, PAAB melalui kenyataannya menjelaskan, pelaksanaan projek penggantian paip itu sebahagian daripada usaha strategik memastikan akses kepada bekalan air bersih yang berkualiti dapat dinikmati oleh penduduk secara berterusan sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih hampir dua dekad di Maran.

Katanya, projek itu turut menyelesaikan isu paip pecah yang sering berlaku sekaligus mengatasi masalah air tidak berhasil serta menstabilkan tekanan bekalan air di daerah berkenaan.

“Secara keseluruhannya, projek ini memberi manfaat secara langsung kepada hampir 10,000 penduduk di Maran sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi di daerah itu,” katanya.

Related Posts

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

KUANTAN – Kerajaan Pahang menegaskan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tertakluk kepada kawalan ketat, syarat tertentu dan prosedur ditetapkan. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM