MoF jawab Sanusi: Tiada lesen judi baharu, kerajaan PN naikkan kadar judi cabutan khas

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) tampil menjelaskan isu lesen perjudian susulan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menurut kementerian itu boleh memberi gambaran mengelirukan mengenai pendirian Kerajaan MADANI.

Dalam kenyataan media bertarikh 27 Ogos 2026, MoF menegaskan Kerajaan MADANI tidak pernah mengawal aktiviti perjudian dengan meluluskan lesen baharu atau menambah bilangan premis perjudian di negara ini.

MoF turut mengingatkan bahawa sepanjang pentadbiran Kerajaan Persekutuan dari 2020 hingga 2022, termasuk ketika Pas menjadi sebahagian kerajaan, tidak pernah ada keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

Menurut rekod yang dikemukakan MoF, kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 telah mengambil langkah mengurangkan kekerapan cabutan khas daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.

Bagaimanapun, MoF berkata, ketika pentadbiran Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada 2020, keputusan dibuat untuk meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

Selepas Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada penghujung 2022, keputusan terawal yang dibuat adalah membatalkan peningkatan berkenaan.

Mulai Januari 2023, kekerapan cabutan khas diturunkan semula daripada 22 kali kepada lapan kali setahun, menurut kenyataan kementerian itu.

MoF turut menegaskan kerajaan sekarang tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu. Lesen dan permit yang masih berkuat kuasa adalah berdasarkan kelulusan sedia ada sejak tahun 1990-an.

Pada masa sama, kementerian berkata, syarat ketat dikenakan kepada pemegang lesen, selain kawal selia terhadap aktiviti perjudian berlesen terus diperkukuh.

MoF menegaskan pendekatan Kerajaan MADANI adalah untuk mengehadkan aktiviti perjudian berlesen, memastikan kawal selia yang ketat serta memperhebat tindakan terhadap perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian.

Penjelasan itu secara langsung mempertikaikan gambaran daripada kenyataan Menteri Besar Kedah mengenai isu perjudian dan meletakkan semula persoalan kepada rekod pentadbiran terdahulu khususnya keputusan mengembalikan cabutan khas kepada 22 kali setahun ketika PN dan BN mentadbir Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap