Ilmu agamawan pandu pentadbiran, dasar kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu terus membuka ruang kepada golongan agamawan untuk menyumbang pandangan dan nasihat dalam memperhalusi pentadbiran serta dasar negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pandangan berasaskan ilmu penting bagi memastikan setiap usaha kerajaan mengambil kira keperluan umat Islam selain menyesuaikannya dengan perubahan dan tuntutan semasa.

“Bagi saya, dialog seperti ini bukan sekadar pertemuan tetapi juga ruang untuk bermuhasabah agar setiap ikhtiar kerajaan sentiasa dipandu ilmu, diluruskan dengan nasihat dan diperhalusi mengikut keperluan umat serta tuntutan zaman,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Anwar berkata, perkara itu antara yang menjadi tumpuan dalam siri muzakarah yang diteruskan petang ini bersempena sambutan Maulidur Rasul.

Menurutnya, pertemuan itu memberi peluang kepada beliau untuk mendengar nasihat, menimba hikmah dan mendapatkan pandangan mengenai perjalanan serta masa depan Islam di Malaysia.

Dalam siri muzakarah berkenaan, Perdana Menteri turut bertemu Syeikh Dr Muhyiddin Awwamah yang mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah.

Syeikh Dr Muhyiddin adalah anak kepada Al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Awwamah, seorang ulama besar dan pakar hadis tersohor.

Anwar turut menzahirkan penghargaan atas pemberian beberapa kitab karya tokoh berkenaan, yang disifatkannya sebagai warisan ilmu yang menghubungkan generasi.

“Saya zahirkan penghargaan atas beberapa kitab karya ayahandanya, sebuah pemberian yang bukan sekadar naskhah bertinta tetapi warisan ilmu yang menghubungkan generasi, menyambung mata rantai tradisi keilmuan Islam.

“Semoga pertemuan ini menjadi jalan kecil menuju manfaat yang lebih besar kerana agama sentiasa subur apabila kekuasaan sudi mendengar suara ilmu, dan ilmu terus menjadi pelita kepada perjalanan umat,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan