Kesilapan pasang Jalur Gemilang: Kakitangan MCA Perak letak jawatan

IPOH – Kesilapan pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Perak yang tular di media sosial membawa kepada tindakan seorang kakitangan Ibu Pejabat MCA Negeri Perak meletakkan jawatan serta-merta.

Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden berkenaan yang berlaku pada pagi Jumaat.

Beliau berkata, kakitangan terbabit yang sudah berusia ditugaskan memasang dan memacakkan Jalur Gemilang serta bendera Perak sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Kesilapan yang tidak disengajakan itu telah diperbetulkan segera manakala pihak yang terlibat melakukan kesilapan tersebut telah meletakkan jawatan serta-merta.

“Tiada niat sedikit pun untuk menghina Jalur Gemilang dan bendera Negeri Perak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kedua-dua bendera berkenaan diturunkan serta-merta sebaik kesilapan itu disedari sebelum dikibarkan semula dengan kedudukan yang betul.

Dalam pada itu, MCA Perak turut memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kejadian berkenaan.

Hang Soon berkata, pihaknya memandang serius insiden tersebut dan menghormati keputusan kakitangan terbabit yang secara sukarela menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

“Dalam masa sama, MCA Perak mengesahkan telah dikunjungi pegawai polis dari Balai Polis Ipoh kira-kira jam 1 petang tadi untuk menjalankan siasatan dan merakam percakapan kakitangan terbabit serta pegawai pentadbiran ibu pejabat.

“MCA Perak telah dan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, kakitangan berkenaan turut melahirkan rasa kesal terhadap kesilapan yang berlaku dan keputusan meletakkan jawatan itu diterima Ibu Pejabat MCA Negeri Perak atas dasar menghormati keputusan peribadinya.

Katanya, kakitangan tersebut telah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama bertahun-tahun.

MCA Perak turut menegaskan bahawa kesilapan berkenaan tidak disengajakan dan tiada unsur menghina atau memperlekehkan Jalur Gemilang mahupun bendera Negeri Perak.

Foto: MCA Perak

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX