Rekod pencapaian punca pihak lawan sokong kerajaan Pahang

MARAN – Sokongan diterima daripada pihak yang sebelum ini tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan negeri disifatkan sebagai tanda keyakinan mereka terhadap rekod pencapaian dan kemampuan mentadbir diamalkan pimpinan Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya mengalu-alukan sokongan berkenaan, khususnya apabila ia diberikan tanpa sebarang syarat.

“Bila ada pihak yang tidak setuju dengan kita tiba-tiba melahirkan sokongan kepada kita,Alhamdulillah, terima kasih.

“Kita mengalu-alukan. Lebih-lebih lagi untuk mereka dengan sendiri datang untuk menyokong kita tanpa syarat, tanpa perundingan, tanpa apa-apa.

“Jadi saya memang alu-alukan dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Dan ini juga pada mata saya, pemikiran saya, mereka ada keyakinan kepada kerajaan negeri sebab itu mereka menyokong.

“Mereka tengok track record, mereka tengok apa yang telah kita buat. Dan kita tidak berpolitik sangat, kita terus-terus buat kerja. Kemelut politik di tempat-tempat lain, tapi di Pahang, kita terus buat kerja” katanya, lapor Pahang Media.

Tambahnya, tumpuan kerajaan negeri ketika ini adalah untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di terus diberi keutamaan.

“Sampai masa, when time’s come, we cross the bridge. Masa ini tumpuan kita kepada rakyat, kesejahteraan rakyat, buat kerja. Kalau kita ada ketidakstabilan politik, masa bila kita nak fokus kepada rakyat?” katanya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana