Inkues Zara bersambung 7 September, mahkamah lawat sekolah 5 Oktober

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir akan disambung pada 7 hingga 11 September depan, antaranya membabitkan pemanggilan semula saksi pakar serta beberapa saksi baharu.

‎Pasukan peguam ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat berkata, mahkamah turut mengesahkan lawatan locus in quo ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha akan diadakan pada 5 Oktober depan.

‎”Lawatan berkenaan dijangka meliputi lokasi berkaitan prosiding termasuk bilik darjah, asrama serta kawasan lain yang berkaitan.

‎”Penyelarasan lanjut dengan pihak sekolah, guru dan warden akan dimaklumkan dalam sesi prosiding pada September, manakala semua peguam yang terbabit dalam inkues akan menyertai lawatan berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan media pada Khamis.

‎Tambah kenyataan berkenaan, tarikh 6 hingga 23 Oktober turut diperuntukkan untuk meneruskan keterangan saksi yang masih berbaki.

‎Sementara itu, keterangan deponen ke-79, Pemeriksa Dokumen Forensik Madam Tay Eue Kam yang bermula pada 26 Ogos selesai selepas pemeriksaan balas pihak-pihak terbabit.

‎Susulan itu, mahkamah mengosongkan prosiding yang dijadualkan pada 28 Ogos.

‎Kenyataan media itu turut mengingatkan orang awam dan media supaya mengelakkan spekulasi serta berhati-hati membuat ulasan berhubung perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah atau yang boleh dianggap subjudis.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin