Sabah dijangka mula dilanda cuaca berjerebu 29 Ogos

KOTA KINABALU – Sabah dijangka mula mengalami cuaca berjerebu pada 29 Ogos ini susulan pengaruh angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, analisis terhadap model ramalan cuaca turut menunjukkan beberapa kawasan di negara ini berisiko mengalami jarak penglihatan mendatar kurang daripada lima kilometer mulai 27 hingga 31 Ogos.

Menurutnya, keadaan berjerebu di Semenanjung Malaysia pula dijangka bermula pada 31 Ogos, khususnya di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ramalan model kepekatan jerebu MyCMAC menunjukkan Sarawak berpotensi menjadi kawasan paling terkesan dengan kebanyakan daerah dijangka mengalami cuaca berjerebu pada tahap tidak sihat.

“Beberapa daerah juga berpotensi mencatat tahap sangat tidak sihat pada 30 dan 31 Ogos,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

MET Malaysia memaklumkan pihaknya sedang memantau keadaan berkenaan secara berterusan dan akan mengemas kini ramalan berdasarkan perubahan cuaca serta keadaan atmosfera semasa.

Orang ramai, khususnya di Sabah, dinasihatkan mengikuti perkembangan dan amaran cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi MET Malaysia, saluran media sosial agensi itu serta aplikasi myCuaca.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia