Guru sekolah berdepan 10 pertuduhan amang seksual fizikal terhadap murid

MUKAH – Seorang guru lelaki berusia 56 tahun dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Mukah atas 10 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap 10 kanak-kanak perempuan.

Pertuduhan terhadap tertuduh dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik makmal sains dan bilik darjah di salah sebuah sekolah rendah di daerah ini antara tahun 2022 hingga 2024.

Ketua Polis Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kes terbongkar selepas seorang guru kaunseling sekolah menengah membuat laporan polis pada 7 Ogos lepas.

Muhamad Rizal berkata, laporan dibuat sejurus guru kaunseling terbabit menerima aduan daripada salah seorang mangsa.

Beliau berkata, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah menahan guru berkenaan susulan laporan yang diterima bagi tindakan lanjut.

Muhamad Rizal berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Pada prosiding tersebut, tertuduh yang hadir bersama peguam bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan RM20,000 berserta 2 penjamin tempatan.

Tarikh 20 Oktober depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan