Kerjasama pelancongan Malaysia-Brunei lonjak pasaran antarabangsa Miri

MIRI – Kerjasama pelancongan antara Malaysia dengan Brunei berpotensi membuka pasaran antarabangsa yang lebih luas kepada Miri dan Sarawak Utara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, usaha rentas sempadan itu penting bagi memperkukuh kedudukan destinasi pelancongan Borneo di mata dunia.

Choon Man berkata, persetujuan itu dicapai hasil 2 pertemuan bersama-sama Timbalan Menteri Ekonomi, Pelaburan dan Industri Brunei, Datin Seri Paduka Tutiaty Abdul Wahab baru-baru ini.

Beliau berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mempergiat pakej pelancongan bersama, kerjasama industri serta promosi silang.

Menurutnya, usaha tersebut amat bertepatan ketika pelaksanaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang seiring dengan inisiatif Tahun Melawat Brunei 2027.

“Matlamat kita bukan sekadar meningkatkan kunjungan rakyat kedua-dua negara, sebaliknya menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke Borneo,” katanya.

Choon Man berkata, antara peluang utama yang perlu diterokai ialah menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebagai pintu masuk tambahan ke Miri.

Beliau berkata, lapangan terbang tersebut mempunyai jaringan penerbangan antarabangsa ke pasaran penting seperti Beijing, Tokyo, Seoul dan Melbourne.

Tambahnya, konsep ‘One Trip, Two Countries’ boleh menjadi pendekatan strategik bagi membolehkan pelancong antarabangsa menikmati pengalaman di kedua-dua negara dalam 1 perjalanan.

Choon Man berkata, kelancaran di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh perlu diberi perhatian bagi mengurangkan kesesakan khususnya pada musim puncak.

Beliau berkata, perkhidmatan bas ekspres secara berkala antara Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan Miri turut dicadangkan bagi memudahkan pergerakan pelancong.

Katanya, pengalaman pemindahan bas bagi pelancong berkumpulan di sempadan juga perlu diperbaiki dengan menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung pada jarak kurang 100 meter.

”Penggabungan produk seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO di Sarawak dan warisan kebudayaan Islam di Brunei mampu mewujudkan pengalaman percutian Borneo yang menyeluruh,” ujarnya lagi.

Bagi menterjemah potensi tersebut, beliau berkata, Dialog Pelancongan Malaysia-Brunei telah dianjurkan baru-baru ini melibatkan pemain industri dari kedua-dua negara.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana