Pesta Zhongyuan perkukuh harmoni masyarakat majmuk di Mukah

MUKAH – Hujan lebat tidak menghalang ratusan ahli Persatuan Penganut Tai Shan Ting Tua Pek Kong Mukah memeriahkan Pesta Zhongyuan di perkarangan Tokong Tua Pek Kong pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine turut hadir meraikan sambutan tradisi berkenaan bersama masyarakat Cina setempat.

Royston berkata, kehadiran beliau menjadi peluang bernilai untuk memahami dengan lebih dekat kepelbagaian kepercayaan dan budaya di Sarawak.

Beliau berkata, penganjuran program seumpama itu dapat memperkukuh hubungan serta persefahaman dalam kalangan komuniti berbilang kaum.

Royston berkata, Mukah bukan sahaja didiami oleh etnik majoriti Melanau, sebaliknya menjadi kediaman harmoni bagi kaum Iban, Cina dan Melayu.

Beliau berkata, perbezaan cara hidup serta agama bukan penghalang, sebaliknya menjadi tiang kekuatan yang memperkayakan identiti kebangsaan.

Tambahnya, kepelbagaian tersebut adalah aset bernilai yang wajib dipelihara oleh setiap lapisan masyarakat demi kesejahteraan bersama.

Pesta tahunan berkenaan kekal menjadi tradisi penting masyarakat Cina bagi menghormati warisan nenek moyang sekali gus mempamerkan keutuhan perpaduan.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India