Bersatu ‘restui’ dua ADUN sokong Wan Rosdy kekal MB Pahang

PUTRAJAYA – Bersatu ‘merestui’ pendirian yang diangkat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu untuk kekal menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang 

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketetapan itu dibincangkan Biro Politik dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang antara lain menyokong tindakan kedua-dua ADUN itu.

Menurut beliau, ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus menyatakan hasrat itu kepada kepemimpinan dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

“Bersatu mengambil maklum tindakan Jasri dan Mohd Yazid menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy.

“Keputusan ini dibuat untuk menjamin kestabilan politik di Pahang dan memastikan kebajikan rakyat di dua DUN berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri,” katanya dalam kenytaan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, tindakan itu dibuat melalui satu pemeteraian perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani oleh Wan Rosdy dan kedua-dua ADUN tersebut.

“Muhyiddin secara dasarnya menyokong tindakan dua ADUN tersebut,” katanya.

Terdahulu, Jasri dan Mohd Yazid dilapor menyatakan sokongan kepada kepimpinan Wan Rosdy hingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Pahang ke-16.

Jasri dan Mohd Yazid dalam kenyataan bersama berkata, keputusan itu demi menjamin kestabilan politik di Pahang dan memelihara kebajikan rakyat di dua kawasan berkenaan.

Mereka berkata, muafakat bersama Menteri Besar itu memberi keyakinan fokus kerajaan negeri akan terus ditumpukan kepada pembangunan dan kesejahteraan penduduk di DUN Kuala Sentul dan DUN Lepar.

Kata mereka, dinamik politik semasa menuntut supaya kepentingan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan pentadbiran yang berkesan diletakkan sebagai keutamaan tertinggi.

Related Posts

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PUTRAJAYA – Langkah UMNO supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan perlu dipersoalkan sama ada benar-benar berlandaskan kehendak rakyat atau mempunyai motif tertentu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera