PMX dijangka ambil kira pahit getir ditanggung M40 menerusi Belanjawan 2027

PUTRAJAYA – Golongan M40 dijangka mempengaruhi keutamaan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 pada Oktober depan, dalam membantu golongan itu yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup bandar, komitmen hutang serta akses bantuan kerajaan yang lebih terhad.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Salwani Arbak berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya memahami keperitan dan kepayahan golongan M40 yang mendapat kelayakan bantuan kerajaan terhad berbanding golongan B40, sedangkan terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi di bandar-bandar besar.

Menurut beliau, M40 di bandar sering digambarkan sebagai ‘kelas sandwich’, di mana golongan tersebut menghadapi tekanan kewangan tinggi, tetapi kerap terlepas daripada bantuan bersasar yang dikhususkan untuk golongan B40.

“Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, pendapatan isi rumah M40 dalam lingkungan RM7,000 hingga RM10,000 tidak lagi sepadan dengan kos perumahan, pengangkutan dan penjagaan anak yang semakin membebankan.

“Malah, pendapatan isi rumah sehingga RM13,000 di bandar besar kini boleh dikategorikan sebagai M40 atau mengalami tekanan kewangan yang serius akibat kos hidup yang tinggi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Salwani menegaskan, meskipun kerajaan telah menyatakan niat memberi tumpuan khusus kepada M40 dalam Belanjawan 2027, pendekatan berkenaan perlu diterjemahkan melalui intervensi dasar yang strategik dan berasaskan bukti.

“Kita memerlukan intervensi dasar yang strategik, berani, dan berpandukan bukti yakni termasuk mengadaptasi model yang telah terbukti berjaya di negara lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan kerajaan melaksanakan dasar perumahan mampu milik dan sokongan sewaan dengan memperkenalkan pelepasan cukai pendapatan baharu atau meningkatkan had pelepasan sedia ada untuk pembayaran sewa rumah bagi isi rumah M40 di kawasan bandar.

Salwani berkata, kerajaan juga boleh memperluas skim Rent-to-Own (RTO) melalui peruntukan khas yang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju swasta, khusus untuk projek perumahan mampu milik di lokasi strategik bandar bagi mengurangkan kos pengangkutan harian bagi  mengawal kenaikan harga sewa yang tidak munasabah di kawasan tumpuan bandar, sekali gus melindungi penyewa daripada eksploitasi pasaran.

“Perkenalkan juga dasar pengangkutan dan mobiliti bandar dengan memperkenalkan subsidi pas bulanan pengangkutan awam, memberikan diskaun tol bersasar (contohnya 30 hingga 50 peratus untuk pengguna M40 yang berdaftar melalui sistem RFID serta memperluaskan insentif cukai atau rebat untuk pembelian kenderaan elektrik (EV) yang lebih menjimatkan kos operasi jangka panjang.

“Selain itu, dasar berkenaan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan awal melalui meningkatkan had pelepasan cukai untuk yuran taska dan pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar daripada RM10,000 kepada RM15,000 setahun.

“Pada masa sama, memperkenalkan inisiatif “Voucher Penjagaan Anak Dipadankan” (Matched Subsidy) di mana kerajaan dan majikan sama-sama menyumbang ke dalam akaun khas untuk keluarga M40, memastikan akses kepada penjagaan anak berkualiti tanpa membebankan kewangan isi rumah,” katanya.

Salwani berpandangan, keperluan juga memperkenalkan dasar melibatkan penstrukturan subsidi dan jaring pengaman kos sara hidup dengan memastikan penstrukturan subsidi (seperti subsidi elektrik atau bahan api) tidak membebani M40 secara tiba-tiba melalui pengenalan rebat bil utiliti bersasar atau kredit e-dompet berkala yang dikhususkan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Beliau menjelaskan, kerajaan perlu mengkaji semula ambang pendapatan M40 supaya ia mencerminkan ‘Kos Sara Hidup Bandar’ yang sebenar, bukannya menggunakan purata kebangsaan yang tidak tepat menggambarkan realiti penduduk kota.

“Pada masa sama, libatkan teras dasar berkenaan insentif cukai dengan eningkatkan had pelepasan cukai untuk perbelanjaan perubatan, termasuk rawatan kesihatan mental dan saringan kesihatan pencegahan, memandangkan kos rawatan swasta di bandar adalah sangat tinggi.

“Memberikan potongan cukai korporat tambahan kepada syarikat yang melaksanakan model upah progresif dan memberikan kenaikan gaji bermakna kepada pekerja kategori M40, sebagai penyelesaian jangka panjang untuk meningkatkan daya beli rakyat,” katanya.

“Yang terakhir adalah teras dasar mengenai sokongan kemahiran dan kesejahteraan pekerjaan dengan memperkenalkan baucar latihan kemahiran digital dan profesional bernilai tinggi yang dibiayai sepenuhnya, membolehkan golongan M40 meningkatkan nilai pasaran mereka, seterusnya membuka peluang untuk kenaikan pangkat atau gaji yang lebih kompetitif,” katanya.

Related Posts

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

KUALA LUMPUR – Pengeluar komponen automotif tempatan, terutama pengilang bahagian kritikal, digesa meneroka peluang dalam teknologi robot humanoid sebagai langkah seterusnya untuk meningkatkan keupayaan industri ke tahap lebih tinggi. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK