PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai komitmen kerajaan Selangor dalam memastikan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 berlangsung dengan lancar dan meriah.

Beliau menyampaikan penghargaan itu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta seluruh kerajaan negeri atas usaha yang dicurahkan sebagai tuan rumah temasya berkenaan.

Menurut Anwar, penganjuran SUKMA edisi ke-22 itu memperlihatkan kemampuan Selangor mengendalikan temasya sukan peringkat kebangsaan menerusi semangat kerjasama dan kebersamaan.

Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada atlet, jurulatih, pegawai serta urus setia yang menjayakan temasya berkenaan.

Katanya, SUKMA bukan hanya menjadi medan untuk merebut pingat, sebaliknya turut berperanan sebagai platform mengenal pasti dan mengembangkan bakat sukan dalam kalangan generasi muda.

“Kepada anak-anak muda, teruskan berjuang dan asah bakat kerana insya-Allah, ada antara kalian yang bakal menggalas nama Malaysia di pentas dunia. Tahniah semua! Teruskan melangkah dan terus mengharumkan nama negara.

“Tahniah juga kepada saudari Eliza Tan Ai Shen dari Selangor dan saudara Cheah Zen Hong dari Pahang yang dinobatkan sebagai Atlet Wanita dan Lelaki Terbaik. Lebih manis, tuan rumah Selangor muncul Juara Keseluruhan SUKMA 2026,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah atas keberangkatan baginda ke Majlis Penutupan SUKMA edisi ke-22 malam ini.

Dalam hantaran sama, beliau mengimbas kembali sejarah penganjuran SUKMA yang bermula hasil cetusan ilhamnya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan pada 1983.

Beliau berkata, selepas empat dekad, SUKMA terus memainkan peranan sebagai wadah yang menghimpunkan bakat serta semangat juang golongan muda dari seluruh negara.

“Alhamdulillah, hari ini SUKMA terus menjadi medan menyatukan bakat, semangat dan daya juang anak-anak muda dari seluruh negara termasuk Brunei Darussalam,” katanya.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang