Ruang kebebasan filem perlu bersifat ketimuran, kekal beralaskan akhlak

PETALING JAYA – Ruang lebih bebas dan terbuka perlu diberikan kepada penggiat seni, terutama pembikin filem bagi memastikan industri berkenaan kekal relevan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun ruang berkenaan perlu disesuaikan dengan nilai, budaya dan akhlak, selain tidak terikut-ikut dengan acuan negara luar.

“Kita harus harus terima kenyataan anak muda dan khalayak menginginkan suasana lebih bebas dan terbuka.

“Namun, ini tak bermakna perlu ikut acuan Barat dan acuan Timur pula tidak semestinya mesti ikut aliran neokonservatif. Aliran Timur harus kekal dengan nilai, budaya dan akhlak tetapi perlu terbuka.

“Kalau agak terlalu tertekan dan tertutup, saya bimbang industri seni terutama filem tidak akan berkembang,” katanya berucap dalam merasmikan Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching serta Pengerusi FINAS, Datuk Dr Hans Isaac.

Beliau berkata, kerajaan akan memberi jaminan dalam menyediakan ruang perbincangan yang lebih terbuka kepada semua penggiat.

“(Langkah) ini supaya penggiat seni tidak rasa terlalu tertekan dan terkongkong,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengakui keperluan memberi pendedahan terhadap karya tempatan kepada generasi muda berikutan pengaruh kuat filem dan seni dari luar negara.

Beliau kemudian mengimbau kenangan menonton filem Bujang Lapok bersama cucu-cucunya pada tahun lalu.

“Ternyata usaha itu berjaya. Seorang daripada mereka (cucu) berkata, ini filem terbaik yang pernah saya tonton manakala seorang lagi berkata ini komedi terbaik yang pernah saya tonton’ tanpa berlebih-lebihan.

“Bayangkan, sebelum itu mereka hampir tidak pernah menonton filem berusia sekitar 70 tahun. Daripada pengalaman itu, saya belajar bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda,” katanya.

Justeru, Anwar menggesa FINAS memainkan peranan lebih berani untuk merapatkan jurang antara generasi muda dengan filem Melayu, termasuk karya klasik yang semakin kurang dikenali golongan berkenaan.

“Pengalaman cucu saya ketika menonton Pendekar Bujang Lapok membuktikan generasi muda mungkin tidak menolak filem Melayu, sebaliknya tidak diberi pendedahan secukupnya kepada karya dengan nilai sejarah dan budaya.

“Perkara ini penting kerana generasi baharu kini terdedah kepada kandungan antarabangsa melalui pelbagai platform, sekali gus menjadikan usaha menarik mereka kepada karya tempatan lebih mencabar,” katanya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion