Projek jalan RM300,000 siap, penduduk Rumah Panjang Langi tarik nafas lega

MUKAH – Penduduk Rumah Panjang Langi Ak Tuma di Kampung Sungai Seturaang, Balingian kini mampu menarik nafas lega apabila projek naik taraf jalan ke penempatan mereka yang bernilai RM300,000 telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, penyediaan infrastruktur berkualiti amat penting dalam memastikan keselesaan serta kesejahteraan masyarakat luar bandar, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi setempat. 

Menurut beliau, jalan raya merupakan nadi utama yang menghubungkan penduduk dengan pelbagai kemudahan asas penting seperti sekolah, pusat kesihatan, pasar serta kawasan tumpuan ekonomi.

“Pelaksanaan projek tersebut jelas mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memastikan rakyat di kawasan luar bandar menikmati kemudahan yang setanding dengan kawasan lain. 

“Kemudahan yang dinaik taraf itu bukan sahaja melancarkan urusan harian, malah meningkatkan tahap keselamatan pengguna serta mengurangkan kesukaran pergerakan terutamanya ketika musim hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikahadir menyaksikan majlis penyerahan tapak projek berkenaan yang disiapkan oleh pihak kontraktor Syarikat Sinaran Baru dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah bertindak sebagai agensi pelaksana.

Semasa berucap pada majlis tersebut hari ini, Abdul Yakub turut menzahirkan penghargaan kepada JKR Bahagian Mukah dan pihak kontraktor atas kecekapan mereka menyiapkan kerja pembinaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Selain mempermudah pergerakan harian dan mempercepat akses perkhidmatan kecemasan, naik taraf laluan berkenaan dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi tempatan dengan membuka ruang aktiviti masyarakat yang lebih aktif. 

Langkah tersebut disifatkan amat selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif dapat dinikmati oleh seluruh warga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Related Posts

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

BAU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan lima projek pembinaan baharu dan naik taraf Tamu Desa di Parlimen Mas Gading.   Menterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia