Penantian 10 tahun berakhir, SMK Tudan capai status siap fizikal sepenuhnya

MIRI – Penantian hampir sedekad masyarakat setempat terhadap pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tudan akhirnya menemui titik noktah apabila projek tersebut mencapai tahap siap fizikal pada bulan lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, pencapaian itu merupakan satu perkembangan yang amat positif memandangkan projek pembinaan sekolah berkenaan sekian lama berdepan dengan isu kelewatan sehingga dikategorikan sebagai ‘projek sakit’.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri menjelaskan bahawa projek SMK Tudan telah diluluskan pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dengan peruntukan kos asal mencecah RM48.2 juta. 

Skop peruntukan projek berskala besar tersebut merangkumi penyediaan 36 bilik darjah, pembinaan kemudahan blok pentadbiran dan akademik berserta pelbagai kemudahan infrastruktur sokongan lain.

“Projek ini bermula pada tahun 2016 dan sepatutnya disiapkan pada 2018, namun kemudiannya ia menjadi projek sakit sehinggalah kontrak pihak terdahulu terpaksa ditamatkan pada Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Choon Man memaklumkan bahawa sejak menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat, keluh-kesah berhubung isu kelewatan SMK Tudan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman telah beberapa kali diutarakan kepada pihak Kementerian Pendidikan (KPM).

Tegasnya, isu tersebut telah disuarakan sama ada melalui pentas perbahasan di Parlimen mahupun menerusi tindakan susulan secara langsung ke kementerian berkenaan memandangkan projek yang menelan belanja berpuluh juta ringgit tidak seharusnya dibiarkan terbengkalai.

“Walaupun bangunan SMK Tudan telah siap secara fizikal, namun kerja kita belum selesai. Masih terdapat beberapa proses teknikal, pemeriksaan, penyerahan, penyediaan kemudahan serta urusan berkaitan yang perlu diselesaikan sebelum sekolah boleh dibuka sepenuhnya.

“Oleh itu, saya dan pasukan akan terus membuat pemantauan susulan bersama KPM dan semua agensi berkaitan bagi mempercepatkan proses tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyasarkan agar SMK Tudan dapat beroperasi secara rasmi pada tahun hadapan, sekali gus menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan kondusif kepada pelajar di kawasan Tudan serta kawasan sekitarnya.

Tambahnya, sesebuah sekolah bukan sekadar memfokuskan kepada nilai bangunan, malah ia merupakan sebuah institusi penting untuk membantu anak-anak membina keyakinan, mengenal potensi diri dan merubah taraf kehidupan keluarga pada masa hadapan.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion