Diplomasi, rundingan pilihan utama Malaysia tangani konflik – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Pengalaman Malaysia dan Pakistan dalam memudah cara rundingan bagi meredakan konflik menjadi antara perkara yang dibincangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bersama Ketua Staf Tentera Darat merangkap Ketua Angkatan Pertahanan Pakistan, Field Marshal Syed Asim Munir.

Pertemuan itu berlangsung di General Headquarters, Rawalpindi, sempena lawatan kerja rasmi Saifuddin Nasution ke Pakistan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, pertemuan berkenaan signifikan mengambil kira peranan Pakistan dalam memudah cara rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menyelesaikan krisis berkaitan Selat Hormuz.

“Pertemuan ini memberi ruang kepada kami bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa, termasuk pendekatan diplomasi serta usaha membina keamanan dalam mendepani konflik dan ketegangan geopolitik.

“Field Marshal Syed Asim Munir berkongsi pengalaman Pakistan dalam memudah cara rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.

“Saya pula berkongsi pengalaman Malaysia memudah cara rundingan antara Thailand dan Kemboja yang akhirnya membawa kepada persetujuan gencatan senjata,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman kedua-dua negara walaupun berdepan cabaran berbeza membuktikan diplomasi, dialog dan pembinaan keyakinan kekal menjadi asas paling berkesan dalam meredakan ketegangan.

Katanya, pendekatan itu juga penting dalam membuka ruang kepada penyelesaian konflik secara aman, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau serta antarabangsa.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak