Warga SMK Three Rivers meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Wayang Pacak

MUKAH – Lebih 5,000 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers membanjiri Dewan Tom Bazeley bagi memeriahkan Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Hari Wayang Pacak pada Jumaat malam. 

Program anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Mukah itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk kecintaan terhadap tanah air, serta memperingati sejarah pembentukan Malaysia dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Pegawai Penerangan Daerah Mukah, Khalid Aini mengingatkan para peserta agar sentiasa menghayati mesej di sebalik lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku sebagai lambang penyatuan serta kebanggaan rakyat.

“Pihak Jabatan Penerangan sentiasa menyokong program kenegaraan pada peringkat sekolah kerana ia menjadi medium terbaik untuk mendekati belia dan menyemai jati diri cintakan negara.

“Para pelajar perlu menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana anda semua merupakan bakal pemimpin negara dan negeri ini pada masa hadapan,” katanya semasa berucap pada program berkenaan.

Sementara itu, Pengetua SMK Three Rivers, Donny Dahlan menegaskan kepentingan generasi muda untuk memahami lipatan sejarah Sarawak, terutamanya status berkerajaan sendiri pada 22 Julai 1963.

Beliau turut menyeru pelajar supaya mengimbangi kecemerlangan akademik dengan nilai adab dan disiplin yang tinggi bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab.

“Ilmu tanpa adab dan disiplin boleh menyebabkan seseorang menyalahgunakan pengetahuan, kedudukan, mahupun kuasa yang dimiliki pada masa depan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, pengisian berkonsepkan ‘wayang pacak’ pada acara tersebut ternyata berkesan menghimpunkan pelbagai lapisan komuniti setempat, sekali gus menjadi medan yang ampuh dalam mengukuhkan kebersamaan.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Mukah, Abdul Majid Azman serta barisan kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Three Rivers.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana