Malaysia-Pakistan perkukuh kerjasama banteras sindiket dadah rentas sempadan

ISLAMABAD – Malaysia dan Pakistan akan memperkukuh kerjasama dalam membanteras ancaman dadah rentas sempadan, khususnya membabitkan peningkatan dadah sintetik serta rangkaian jenayah terancang transnasional.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu antara yang dibincangkan ketika lawatan beliau ke Ibu Pejabat Anti-Narcotics Force (ANF) Pakistan.

Beliau berkata, dalam lawatan berkenaan beliau menerima taklimat daripada Ketua Pengarah ANF Pakistan, Mejar Jeneral Abdul Moeed mengenai ancaman dadah semasa, laluan penyeludupan serantau serta operasi penguatkuasaan agensi berkenaan.

“Ancaman dadah kini semakin kompleks, khususnya peningkatan dadah sintetik seperti methamphetamine serta penglibatan rangkaian jenayah terancang transnasional yang beroperasi merentas sempadan,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.

Menurut Saifuddin, kedudukan Pakistan yang berhadapan secara langsung dengan aliran dadah dari Afghanistan menjadikan kerjasama dengan negara itu penting kepada Malaysia, terutama apabila laluan penyeludupan turut menjangkau Asia Timur dan Asia Tenggara.

Katanya, ancaman berkenaan tidak boleh ditangani hanya dalam lingkungan sempadan negara atau rantau ASEAN, sebaliknya memerlukan kerjasama antarabangsa yang lebih menyeluruh.

Saifuddin berkata, Malaysia dan Pakistan mempunyai asas kerjasama operasi yang kukuh dengan lebih 28 kes pernah diselaraskan bersama antara 2012 hingga 2018.

“Justeru, antara fokus seterusnya ialah menggiatkan semula kerjasama tersebut melalui perkongsian risikan yang lebih aktif, operasi berasaskan risikan secara terselaras, latihan serta pertukaran kepakaran antara agensi kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama membanteras narkotik bagi menyediakan kerangka lebih tersusun dalam memperkukuh kerjasama sedia ada.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan kerjasama antara agensi penguatkuasaan tidak boleh sekadar berada di atas kertas dalam menghadapi rangkaian jenayah yang semakin canggih.

“Maklumat mesti dikongsi, risikan mesti diterjemahkan kepada tindakan dan jaringan antarabangsa mesti dimanfaatkan untuk memutuskan rantaian bekalan sebelum dadah sampai ke negara kita,” katanya.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX