Anwar hargai dukungan Sheikh al-Azhar, Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin dan PM Pakistan

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai persahabatan, dukungan dan kepercayaan yang dizahirkan Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb serta Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin (Council of Muslim Elders), Mohamed Abdelsalam, susulan keadaan kesihatannya baru-baru ini.

Anwar berkata, beliau berkesempatan berbicara dengan Mohamed Abdelsalam pada malam tadi dengan bertanyakan khabar serta menitipkan doa buat kesihatan beliau.

“Dalam perbualan tersebut, saya turut bertanyakan keadaan kesihatan isteri beliau yang kini menerima rawatan di hospital dan mendoakan agar dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.

Menurut Anwar, perbualan itu turut menyentuh hasrat Sheikh al-Azhar untuk kembali mengunjungi Malaysia selain beberapa ikhtiar baharu bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan institusi al-Azhar.

Beliau berkata, usaha berkenaan turut memberi penekanan kepada penyuburan gagasan Islam yang sederhana, bebas dan berwibawa.

Anwar sebelum ini turut menerima panggilan daripada Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb yang bertanyakan khabar selepas menerima berita mengenai keadaan kesihatan beliau.

Katanya, Sheikh al-Azhar turut menitipkan doa agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan segera, selain mereka berbicara mengenai kesinambungan usaha dakwah dan pengajian dalam memperluas kefahaman Islam.

Anwar berkata, pandangan serta bimbingan Sheikh al-Azhar akan terus menjadi pedoman penting dalam mengangkat tradisi keilmuan Islam yang luhur dan membawa rahmat kepada seluruh umat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap penghormatan yang diberikan kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai sosok wanita teladan atas keteguhan, kesetiaan dan pengorbanannya sepanjang mendampingi perjuangan beliau.

“Insya-Allah, segala ikhtiar dan kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kemaslahatan umat dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Anwar kini dalam lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion