Kementerian Pengangkutan diseru teliti aduan tambang penerbangan melonjak

KOTA KINABALU – Kementerian Pengangkutan diminta meneliti aduan yang diterima daripada pelbagai pihak berhubung kenaikan mendadak tambang penerbangan untuk mengurangkan beban yang ditanggung pengguna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, penelitian berkenaan penting untuk mencari kaedah bersama-sama syarikat penerbangan bagi mengurangkan harga tambang.

Beliau berkata, kenaikan harga tiket penerbangan dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis global serta peningkatan kos bahan api yang menyebabkan kos operasi syarikat penerbangan turut meningkat.

“Antara perkara yang kita beri keutamaan ialah pada bulan September nanti, ramai anak-anak kita akan mendaftar di universiti.

“Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyediakan senarai bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian, sama ada dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung ataupun dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program MADANI Kita Darau@Sepanggar di Padang Kampung Warisan, pada Sabtu.

Beliau berkata, senarai yang melibatkan penerbangan itu akan dibentangkan di kabinet bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan untuk memudahkan urusan perjalanan mereka.

Mengenai isu kuota diesel di Sabah, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menaklumkan perkara itu sedang diteliti dan langkah-langkah seterusnya akan diumumkan.

“Daripada analisis awal, walaupun ramai mengetahui kerajaan memberikan kuota sehingga 300 liter iaitu 200 liter secara automatik dan tambahan 100 liter yang perlu dipohon, masih ramai yang belum membuat permohonan.

“Daripada 120,000 pengguna yang layak, hanya 40,000 sahaja yang telah memohon.

“Jadi, kita mengharapkan semua yang masih layak dan mempunyai kenderaan yang tersenarai supaya membuat permohonan bagi menikmati tambahan 100 liter tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, permohonan peniaga dan syarikat supaya kuota ditambah bagi beberapa kategori kenderaan kini sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Related Posts

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel