Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois oleh Kerajaan MADANI disifatkan sebagai pembaharuan penting bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan dan integriti sistem percukaian negara.

Namun, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berpendapat, kejayaan sistem itu bergantung kepada tahap kesiapsiagaan perusahaan, khususnya PMKS yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, DPMM akan terus memperkukuh usaha advokasi, latihan dan program kesedaran bagi membantu usahawan memahami serta bersedia melaksanakan sistem e-Invois dengan lebih berkesan.

“Transformasi digital bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. Namun, pelaksanaannya perlu mengambil kira kemampuan usahawan daripada segi kos, pengetahuan, infrastruktur digital dan tenaga kerja.

“Oleh itu, insentif serta kelonggaran yang diumumkan kerajaan akan memberi ruang kepada PMKS membuat persediaan yang lebih rapi sebelum pelaksanaan sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata, keputusan kerajaan melaksanakan program pengakuan sukarela e-Invois memberi ruang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem percukaian digital.

Katanya, langkah itu membuktikan Kerajaan MADANI mengambil kira pandangan komuniti perniagaan dengan menyediakan tempoh penyesuaian tanpa tindakan penalti kepada pembayar cukai yang membuat semakan, pembetulan atau kemas kini e-Invois secara sukarela.

“Langkah itu mampu memberi manfaat kepada lebih sejuta pembayar cukai selepas kerajaan turut menaikkan ambang pengecualian e-Invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta setahun.

“Pada masa sama, tindakan terbabit turut mempercepatkan tuntutan elaun modal bagi perbelanjaan pelaksanaan e-Invois kepada tempoh satu tahun juga menjadi kelegaan kepada PMKS,” katanya

Mengulas lanjut, Norsyahrin berkata, keputusan tidak mengenakan penalti terhadap pembayar cukai yang membuat semakan, pembetulan atau kemas kini e-Invois secara sukarela membuktikan kesediaan kerajaan mendengar pandangan komuniti perniagaan.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) berpandangan, PMKS khususnya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu serta pelaksanaan transformasi digital dalam pengurusan percukaian.

“DPMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas pendekatan yang lebih fleksibel dan berpaksikan realiti dunia perniagaan.

“Program Pengakuan Sukarela e-Invois memberikan keyakinan kepada usahawan untuk melaksanakan sistem baharu ini secara lebih tersusun tanpa kebimbangan dikenakan tindakan penalti sepanjang tempoh penyesuaian,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan di Parlimen bahawa Program Pengakuan Sukarela e-Invois akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2027 bagi membantu mengurangkan kos pematuhan perniagaan.

Menurut beliau, sebarang semakan, pembetulan atau kemas kini e-Invois yang dikemukakan secara sukarela sepanjang tempoh berkenaan tidak akan dikenakan penalti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Related Posts

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalam. Pada 9.04 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.60…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan