Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) berkata, keputusan berkenaan selaras dengan kenyataan media KPM bertarikh 8 Oktober 2026 dan dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di negeri itu.

Tiga stesen berkenaan ialah Port Dickson, Seremban dan Nilai yang merekodkan bacaan IPU melebihi 180 setakat jam 5 petang hari ini.

JPNS berkata, institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

“Pelaksanaan PdPR perlu mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

JPNS bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan dan ketetapan yang ditetapkan KPM.

JPNS turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa berkaitan keadaan jerebu, selain mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak-anak.

Keputusan penutupan itu turut mengambil kira titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

KOTA KINABALU – Projek tebatan banjir fasa dua Kampung Rampayan, Sepanggar perlu diberi keutamaan dan dipercepatkan bagi menangani masalah banjir yang berulang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan