KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke MAWILLA 2 bagi memastikan kesinambungan kesiagaan serta memenuhi keperluan operasi di perairan Sabah.

Menurut kenyataan MAWILLA 2 pada Khamis, perpindahan itu membolehkan pelaksanaan tugas pengawasan dan kawalan di kawasan tanggungjawab MAWILLA 2, sekali gus memastikan kepentingan maritim serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

“Langkah ini turut selari dengan pendekatan phase-in, phase-out (PIPO) dalam pengurusan aset TLDM serta aspirasi Program Transformasi Armada 15to5 Re-alignment, yang antara lain memberi penekanan kepada proses pelucutan kapal secara berperingkat, penyeragaman ketumbukan serta pengoptimuman pengurusan, penyelenggaraan dan kos operasi aset.

“Prpindahan kedua-dua kapal berkenaan mencerminkan usaha berterusan TLDM mengimbangi keperluan kesiagaan semasa dengan transformasi armada, selain memastikan kehadiran dan keupayaan operasi TLDM di perairan strategik Sabah terus diperkasakan,” kongsinya.

Menurut kenyataan itu lagi, KD Ganas turut melalui beberapa fasa transformasi termasuk Projek Repowering bagi meningkatkan keupayaan sistem pendorongan kapal pada 2019, sebelum menjalani refit secara re-hull yang disiapkan pada April 2026.

“Usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah TLDM mengekalkan keupayaan serta memanjangkan jangka hayat operasi aset berkenaan.

“Sebelum dipindahkan ke MAWILLA 2, KD Ganas dan KD Serang ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar.

“Penyerahan kedua-dua kapal itu kepada MAWILLA 2 merupakan kesinambungan daripada pelucutan tauliah Ex Pari bagi memastikan keperluan kawalan operasi di kawasan tanggungjawab MAWILLA 2 terus terpelihara,” ujarnya .

Untuk rekod, KD Ganas dan KD Serang merupakan kapal jenis Pembinasa Laju yang telah berkhidmat dalam TLDM selama lebih lima dekad.

Kedua-dua kapal itu mempunyai panjang 47 meter, lebar tujuh meter dan sesaran 234 tan.

Pada asalnya, kedua kapal tersebut ditempatkan dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Pertama sebelum diserapkan ke Skuadron Kapal Ronda Laju Ke-6 di bawah Flotila Ronda.

Related Posts

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

KOTA KINABALU – Projek tebatan banjir fasa dua Kampung Rampayan, Sepanggar perlu diberi keutamaan dan dipercepatkan bagi menangani masalah banjir yang berulang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan