Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di seluruh negara bagi tempoh 2010 hingga Julai lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu berdasarkan maklumat diterima daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) serta semakan terhadap rekod kes jenayah di mahkamah.

Bagaimanapun, beliau berkata, butiran lanjut berhubung kes tertentu boleh dirujuk terus kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mempunyai rekod dan maklumat berkaitan pendakwaan kes berkenaan.

Menurutnya, DNAA tidak bermaksud seseorang individu dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya.

“Bagi penjelasan, DNAA tidak terjumlah kepada suatu pembebasan daripada pertuduhan.

“Mengambil kira konteks kes jenayah tidak tertakluk kepada tempoh had masa seperti kes sivil, individu diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas pertuduhan sama.

“Prosedur berkenaan akan dilaksanakan jika pihak pendakwaan memutuskan untuk berbuat demikian berdasarkan fakta, keterangan dan perkembangan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen.

Azalina menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta penjelasan mengenai jumlah kes pertuduhan jenayah membabitkan ahli politik dan pemimpin berprofil tinggi yang diberikan DNAA.

Antara kes DNAA yang mendapat perhatian ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi pada 2023.

Pada 2025, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut diberikan DNAA bagi tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International.

Related Posts

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

PUTRAJAYA – Usaha pencegahan awal rasuah perlu diperkukuh dengan mengenal pasti serta menangani kelemahan yang berpotensi membuka ruang terhadap amalan tidak beretika itu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu