Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu.

Program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Miri dengan kerjasama NADI itu mengangkat tajuk “Penggunaan AI: Lebih Memberi Impak Baik atau Buruk?” menerusi pendekatan perbahasan dan perbincangan.

Menerusi sesi tersebut, peserta mengupas peranan AI dalam pelbagai sektor termasuk pekerjaan, perniagaan, pendidikan, dan kesihatan; terutamanya keupayaan teknologi itu menganalisis maklumat perubatan serta mengautomasikan tugasan bagi menjimatkan masa.

Namun begitu, timbul kebimbangan dalam kalangan peserta berhubung perkembangan teknologi tersebut yang mungkin menggantikan guna tenaga manusia dengan sistem automatik.

Selain itu, isu keselamatan maklumat, pelanggaran privasi, penyebaran kandungan palsu, serta penyalahgunaan AI turut menjadi topik tumpuan sepanjang sesi berkenaan.

Peserta turut menyuarakan kerisauan mengenai kesan kebergantungan melampau terhadap mesin yang dikhuatiri boleh membantutkan kreativiti dan pemikiran kritis manusia.

Sehubungan itu, perbincangan tersebut mencapai kata sepakat bahawa teknologi AI wajar dijadikan sebagai alat sokongan semata-mata, tanpa mengetepikan pertimbangan, kemahiran, dan tanggungjawab manusia sepenuhnya.

Penganjuran program interaktif itu diharap dapat meningkatkan literasi digital dan kesedaran komuniti agar mereka lebih bersedia mendepani arus pemodenan, sekali gus menggalakkan penggunaan AI secara beretika.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan