TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu terus terpelihara.

TH berkata, pindaan berkenaan dilaksanakan selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), khususnya dalam usaha memperkemas aspek pengurusan dan tadbir urus institusi.

Dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya semalam, TH berkata, sebagai institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam bagi tujuan menunaikan ibadah haji, pihaknya komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti.

Langkah itu juga penting bagi memastikan kepentingan pendeposit sentiasa diberi keutamaan selain menjamin kelestarian TH untuk generasi akan datang.

“TH akan terus menyokong setiap usaha penambahbaikan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah ini terus terpelihara untuk generasi akan datang,” menurut TH menerusi hantaran di Facebook rasminya semalam.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata kerajaan akan melaksanakan pindaan terhadap Akta TH 1995 (Akta 535) bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pindaan itu antara langkah Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetulkan dengan tegas.

Langkah berkenaan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh pengurusan institusi berkaitan kepentingan umat Islam, di samping meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap TH.

Related Posts

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan