Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

USAHA memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi.

Menurut bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, kepimpinan atasan harus menunjukkan teladan dan ketegasan yang nyata kerana sebarang bentuk transformasi organisasi hanya akan berjaya sekiranya pihak atasan sendiri memberikan isyarat jelas tanpa kompromi terhadap penyelewengan.

Ayob Khan berkata, walaupun pendidikan integriti kepada generasi muda di peringkat sekolah adalah langkah yang baik, namun ia merupakan pelaburan jangka panjang yang memakan masa.

“Perubahan mesti dari atas, kalau pemimpin itu betul-betul ada political will untuk buat, insya-Allah yang bawah itu akan ikut,” katanya. ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Di Sebalik Lencana: Kisah dan Legasi Tan Sri Ayob Khan terbitan Bernama TV malam Isnin.

Ayob Khan turut mengingatkan bahawa budaya tolak ansur atau tindakan menutup kesalahan pegawai dan anggota hanya menggalakkan lebih banyak salah laku, sambil menegaskan tiada siapa yang kebal daripada undang-undang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Beliau berkata, isu rasuah dan integriti tidak seharusnya dianggap ‘rahsia dalaman’ yang perlu disembunyikan, sebaliknya ia perlu diakui secara terbuka.

“Kalau kita tidak mengakui masalah yang ada dalam agensi kita, maknanya kita menuju kehancuran, kita bukan bergerak ke hadapan tetapi ke belakang.

” Begitu juga dalam keadaan negara kita, kalau kita tidak buat perubahan, kita akan ke belakang, negara lain bergerak depan,” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mendedahkan bahawa beliau ada menerima tawaran untuk menyertai arena politik, namun setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan.

Katanya, pertimbangan utama adalah sama ada penglibatan dalam politik akan memberi ruang kepadanya untuk melakukan perubahan atau sekadar terpaksa mengikut arus dan arahan pemimpin parti.

“Kalau saya terpaksa ikut arus, lebih baik saya tidak pergi politik.

“Alhamdulillah di mana saya berada, walaupun mungkin ada sikit kekangan, tapi saya masih boleh buat,” katanya.

Ayob Khan, yang dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah dilantik Timbalan Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2023 dan bersara wajib pada 27 Julai lepas, setelah menabur bakti selama hampir 35 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang lebih tiga dekad bersama PDRM, beliau pernah berkhidmat dalam Cawangan Khas termasuk Bahagian Counter-Terrorism, selain menyandang jawatan Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik Timbalan Ketua Polis Negara.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan