Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

KALABAKAN – Pewujudan koridor hidupan liar perlu diberi perhatian serius sebagai antara langkah jangka panjang bagi mengurangkan konflik antara gajah dan manusia yang berlaku di kawasan Parlimen Kalabakan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, usaha itu penting bagi memastikan habitat dan laluan semula jadi gajah terus terpelihara.

Selain itu, katanya, kemudahan berkenaan mengurangkan risiko gajah memasuki kawasan penempatan serta ladang yang boleh mengancam keselamatan penduduk dan haiwan berkenaan.

“Isu gajah ini mungkin nampak remeh di tempat lain tetapi di Parlimen Kalabakan ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat apabila tanaman dan hasil mereka dimakan atau dimusnahkan.

“Jadi kita cadangkan supaya diwujudkan koridor hidupan liar seperti di Kinabatangan supaya gajah mempunyai laluan khas dan tidak mengganggu kawasan ladang,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas video tular kehadiran gajah di Felda Umas, baru-baru ini.

Menurut Suryady, usaha mewujudkan koridor berkenaan memerlukan kerjasama pemilik estet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai kawasan tanah luas untuk memperuntukkan sebahagian kawasan sebagai laluan hidupan liar.

Katanya, pihaknya sudah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah dan pihak berkepentingan, termasuk komuniti yang terjejas akibat konflik manusia-gajah.

“Untuk makluman, kos memindahkan seekor gajah boleh mencecah sehingga RM20,000. Jika gajah tidak dapat ditangkap dengan segera dan operasi mengambil masa lebih lama, kosnya akan meningkat.

“Pernah berlaku satu kes sebelum ini apabila operasi mencari gajah mengambil masa sehingga seminggu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Suryady berkata, konflik berkenaan turut berpunca daripada gangguan terhadap habitat asal gajah susulan pembukaan kawasan ladang dan pertanian.

“Kita perlu berlaku adil kerana gajah juga mempunyai habitat asal dan ada spesies yang terancam.

“Kita tidak boleh mengabaikan perkara ini, sebaliknya kerjasama antara Jabatan Hidupan Liar, pengusaha ladang, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu diperkasakan untuk mencari penyelesaian terbaik,” tegasnya.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah