Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Djamari Chaniago berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bahawa asap daripada kebakaran di negara itu menjejaskan negara lain.

“Kami telah menegaskan kepada anggota di lapangan bahawa usaha ini bukan sekadar memadamkan kebakaran dan melindungi alam sekitar serta kesihatan awam.

“Sebaliknya ia juga adalah tanggungjawab negara yang perlu dipikul bersama,” katanya pada sidang media pada Isnin yang disiarkan menerusi saluran YouTube media tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada kerajaan menjangkakan kemungkinan jerebu rentas sempadan menjejaskan Malaysia dan Singapura serta sama ada pihaknya telah berhubung dengan kedua-dua negara berhubung isu itu.

Djamari berkata, kira-kira 43 helikopter dikerahkan bagi operasi udara, dengan sokongan antara 10 hingga 15 pesawat sayap tetap bergantung kepada keperluan operasi, manakala sejumlah besar anggota dan peralatan turut digerakkan di darat.

Katanya, operasi pembenihan awan kekal antara langkah paling berkesan untuk menangani kebakaran, namun pelaksanaannya bergantung kepada kewujudan awan yang berpotensi membawa hujan.

Ramalan cuaca menunjukkan pembentukan awan sedemikian berkemungkinan berlaku dalam tempoh tiga atau empat hari sehingga 18 Ogos.

Menurut beliau, enam wilayah, iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, sedang dipantau rapi sebagai kawasan paling kritikal.

Beliau turut memberi amaran bahawa fenomena El Nino yang kuat boleh mempercepatkan kebakaran hutan dan tanah serta dijangka berterusan sehingga sekitar September atau awal Oktober.

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM