Duit rakyat jadi taruhan? Pelbagai bangsa tuntut penjelasan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Isu pengurusan dan amanah dana Tabung Haji (TH) bukan hanya mendapat perhatian umat Islam apabila peserta daripada pelbagai latar belakang turut menyertai Himpunan Aman 2.0 Penyerahan Memorandum Berhubung RCI Tabung Haji kepada Perdana Menteri di hadapan Bangunan Parlimen, hari ini.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati peserta yang hadir mahu isu berkenaan diberi perhatian serius, selain menolak sebarang bentuk penyalahgunaan wang pendeposit serta menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku penyelewengan.

Pesara, Norliza Ab Wahab, 58, berkata, isu TH membabitkan amanah besar yang perlu dijaga dan tidak wajar dijadikan bahan politik kerana ia menyentuh kepentingan rakyat.

“Kami berharap apa yang kita suarakan ini mendapat perhatian. Kita minta pihak pembangkang jangan berpolitik terlalu tinggi dalam isu hak rakyat.

“Ini hak rakyat. TH diamanahkan untuk menjaga pendeposit. Tetapi apabila dipolitikkan, inilah jadinya. Inilah natijahnya apabila amanah tidak dijaga dan tanggungjawab tidak dilaksanakan dengan sebenar-benarnya,” katanya.

Katanya, sebarang dakwaan penyelewengan perlu disiasat secara menyeluruh tanpa mengira pihak yang terbabit.

“Bila kita ada amanah memerintah satu negara, itu adalah tanggungjawab yang besar. Bila ada penyelewengan, haruslah kita siasat sehingga ke lubang cacing.

“Jika kita menghayati Rukun Negara, kita tahu kedaulatan undang-undang adalah antara perkara yang perlu dijunjung. Jadi, keadilan mesti ditegakkan,” katanya.

Sementara itu, pesara dari Pulau Pinang, Lee Beng Hon, 65, berkata, beliau sanggup datang ke Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap usaha mendapatkan keadilan berhubung isu TH.

“Saya datang hari ini untuk sokong. Saya memang sokong keadilan untuk semua. Saya menolak perbuatan mengambil atau menyalahgunakan wang rakyat.

“Kalau seseorang itu tidak amanah dan mengambil wang rakyat, tindakan perlu diambil. Keadilan mesti ditegakkan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Menaka, 30, berkata, isu berkenaan perlu diambil tindakan segera dan tidak seharusnya dipandang ringan.

“Saya datang hari ini untuk sokong. Saya memang sokong wanita dan saya juga datang untuk menyokong umat Islam.

“Isu ini kena ambil tindakan segera. Kalau dia tidak amanah, tindakan perlu diambil. Saya sangat sokong supaya keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 70 aktivis dari pelbagai negeri berhimpun di sini bagi menyatakan solidariti sempena Sidang Khas Dewan Rakyat bagi pembentangan dan perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Himpunan yang turut disertai Wanita PKR Pusat itu diadakan sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempertahankan amanah pendeposit, selain memperkukuh aspek integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan TH.

Pada himpunan berkenaan, memorandum daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diserahkan untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Memorandum itu diterima Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi pihak menteri berkenaan, manakala seorang pegawai menerima memorandum terbabit bagi pihak Perdana Menteri.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit