SADA lulus 87 projek bernilai RM1.48 bilion untuk pembangunan Sri Aman

KUCHING – Sebanyak 87 projek pembangunan dengan nilai keseluruhan RM1.48 bilion telah diluluskan di bawah Sri Aman Development Agency (SADA) setakat ini bagi mempercepat pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial di Bahagian Sri Aman.

Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, daripada jumlah tersebut, hanya berbaki RM19.53 juta daripada keseluruhan peruntukan yang tersedia.

Menurut beliau, sebanyak 13 projek telah siap sepenuhnya, 20 projek sedang dalam pelaksanaan manakala 54 lagi berada pada peringkat perancangan termasuk penyediaan reka bentuk dan dokumentasi teknikal.

“Baki peruntukan yang tinggal adalah terhad dan perlu digunakan secara berhemah khususnya bagi keperluan tambahan serta cadangan projek baharu yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bilangan 2 Tahun 2026 di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.

Beliau berkata, semua agensi pelaksana perlu memberi perhatian serius terhadap penyediaan reka bentuk projek sejak peringkat awal bagi mengelakkan masalah pelaksanaan seperti proses tender berulang akibat kos melebihi siling peruntukan yang diluluskan.

“Reka bentuk projek hendaklah disesuaikan dengan keadaan setempat, mengambil kira faktor geografi, aksesibiliti, kos penyelenggaraan serta keperluan sebenar masyarakat tanpa menjejaskan standard dan fungsi projek,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan pelaksanaan Bengkel Value at Entry (VAE) yang diadakan pada 15 dan 16 Julai lalu sebagai langkah penting bagi memastikan setiap cadangan projek diteliti secara menyeluruh sebelum diluluskan.

“Pendekatan tersebut selaras dengan prinsip Do It Right at the First Time yang memberi penekanan kepada perancangan projek secara teliti bagi mengurangkan risiko kelewatan serta pertambahan kos,” jelasnya.

Menyentuh sektor pertanian, beliau berkata Bengkel Pembangunan Pertanian Bahagian Sri Aman yang berlangsung pada 28 dan 29 Julai lalu berjaya mengenal pasti potensi projek pertanian berimpak tinggi yang mampu meningkatkan produktiviti serta menjana pendapatan penduduk luar bandar.

Beliau berharap lebih banyak projek pertanian dapat dicadangkan dan dilaksanakan pada masa hadapan sejajar dengan sasaran yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Bahagian Sri Aman akan menjadi antara lokasi penganjuran Program Sarawakku Sayang 2026 yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 September depan.

“Beberapa projek SADA dicadangkan untuk dilancarkan atau diadakan majlis peletakan batu asas sempena program tersebut yang akan disempurnakan oleh Premier Sarawak,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak berkaitan memberi perhatian terhadap aspek kebersihan dan penyelenggaraan bandar Simanggang yang sedang melalui pelbagai fasa pembangunan.

Menurutnya, kebersihan kawasan landskap, longkang, parit serta pengurusan sampah perlu dipertingkatkan bagi memastikan imej bandar sentiasa terpelihara selain menjamin keselesaan dan kesihatan penduduk serta pelancong.

“Kejayaan SADA bukan hanya diukur berdasarkan jumlah projek yang diluluskan atau nilai peruntukan yang dibelanjakan, tetapi sejauh mana projek tersebut mampu meningkatkan taraf hidup rakyat, membuka peluang ekonomi dan mewujudkan pembangunan yang mampan,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM