Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR – Sembilan kawasan di Sarawak dan satu kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat Isnin, jam 8.26 pagi menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).

Di Sarawak, Serian mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 119, diikuti Kuching (161) dan Samarahan (160), Sibu (157), Sri Aman (156), Mukah dan Sarikei, masing-masing mencatat 155; Bintulu (143) dan Samalaju (128).

Semua lokasi tersebut mencatat tahap tidak sihat susulan jerebu rentas sempadan.

Di Semenanjung pula, Johan Setia, Selangor menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 154.

Sementara itu, sebanyak 55 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala Langkawi, Kedah; Jerantut Pahang dan Kangar, Perlis masing-masing mencatatkan bacaan pada tahap baik.

APIMS mengklasifikasikan bacaan IPU antara 0 hingga 50 sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 amat tidak sihat dan melebihi 301 sebagai berbahaya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka berlaku di kebanyakan kawasan Borneo termasuk Sarawak sehingga 14 Ogos ini.

Menurut MetMalaysia, pengaruh angin dari arah selatan serta jumlah titik panas yang dijangka kekal tinggi di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan, terutama di selatan Sarawak.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.

Related Posts

Sindiket scam warga China guna homestay tumpas

PUTRAJAYA – Taktik sindiket penipuan warga China menyewa inap desa sebagai pusat panggilan dan sarang operasi haram terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perlu bijak menghadapi kecelaruan dunia baharu

MALAYSIA perlu memperkukuh daya tahan ekonomi, keselamatan dan hubungan strategik antarabangsa bagi menghadapi perubahan susunan kuasa dunia yang semakin tidak menentu akibat persaingan geopolitik antara negara kuasa besar. Profesor Adjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus