Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

PUTRAJAYA – Myanmar bersetuju membawa pulang 5,000 pelariannya dari Malaysia menggunakan kapal, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatnya dari Myanmar ketika pertemuan kedua-dua menteri luar.

Bagaimanapun, Mohamad berkata Wisma Putra tidak terlibat dalam soal pembiayaan penghantaran pulang berkenaan kerana peranan kementerian itu hanya sebagai pemudah cara.

Menurutnya, proses berkenaan perlu dilaksanakan segera memandangkan 5,000 pelarian terbabit sudah dikenal pasti.

“Ketika saya bertemu Menteri Luar yang baharu di Myanmar, mereka menyatakan kesediaan membawa pulang 5,000 pelarian dengan kapal.

“Tetapi isunya adalah keselamatan 5,000 pelarian ini. Kita tegaskan apakah mereka selamat apabila dihantar balik dan apa akan terjadi kepada mereka. Itu perlu juga difikirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari ASEAN ke-59 di Wisma Putra, hari ini.

Mohamad berkata soal penghantaran pulang itu masih tertakluk kepada rundingan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa Myanmar, manakala Kementerian Luar akan membantu sebagai fasilitator.

Dalam pada itu, beliau berkata isu pelarian dari Myanmar perlu ditangani secara bersama dalam kerangka ASEAN walaupun ia turut membabitkan isu dalaman negara berkenaan.

Katanya, kerajaan Myanmar perlu memastikan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN dipatuhi dan dilaksanakan sebelum proses penghantaran pulang dilakukan bagi menjamin keselamatan pelarian.

5PC menggariskan penghentian serta-merta keganasan, pelaksanaan dialog membina antara semua pihak, pelantikan wakil khas Pengerusi ASEAN untuk memudah cara dialog, penyampaian bantuan kemanusiaan serta lawatan wakil khas ASEAN ke Myanmar untuk bertemu pihak berkepentingan.

Mohamad menegaskan isu berkenaan bukan hanya membabitkan pelarian Rohingya, sebaliknya turut melibatkan pelarian daripada pelbagai etnik lain di Myanmar termasuk Chin.

“Kita melihat ia satu perkara yang Malaysia perlu urus. Dalam ASEAN, kita sama-sama melihat isu pelarian seperti di Myanmar ini perlu diatasi bersama.

“Kita mahu 5PC kekal menjadi teras mekanisme ASEAN terhadap Myanmar dan kerajaan Myanmar memenuhi hasrat ketua negara ASEAN kerana konsensus itu ditandatangani serta dipersetujui semua termasuk pemimpin Myanmar ketika itu,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelariannya yang berada di Malaysia hasil rundingan diplomatik dan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Beliau berkata perkembangan itu merupakan langkah awal dalam menangani isu berkenaan selain memastikan ketenteraman awam di Malaysia terus terpelihara.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan