Trump mula guna pendekatan sederhana terhadap Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi isyarat bersedia membiarkan tekanan ekonomi ke atas Iran terus meningkat.

Pendirian terkini Trump itu sekali gus dilihat peralihan daripada langkah mengarahkan lebih banyak serangan ketenteraan ketika Tehran mengemukakan tuntutan tegas.

Trump menerusi panggilan telefon ringkas bersama portal berita Axios berkata, pihaknya mengambil pendekatan sederhana dalam konflik itu.

Trump dilaporkan tidak menunjukkan sebarang kekecewaan terhadap tindakan Iran menangguhkan persetujuan membuka semula Selat Hormuz.

“Kita hanya mengadakan rundingan separa dengan mereka, selain membuat pemerhatian ke atas Iran yang mengalami kadar inflasi tinggi dan hakikat mereka tidak mempunyai wang.

“Harga minyak semakin menurun, menyebabkan pengguna AS kurang terjejas akibat perang ini. Semuanya akan diselesaikan. Ia seperti permainan catur,” katanya.

Iran menuntut AS terlebih dahulu menamatkan sekatan terhadap pelabuhan negara itu dan menarik balik sekatan minyak, selaras memorandum persefahaman ditandatangani kedua-dua negara pada Jun lalu.

Sekatan ke atas Selat Hormuz menyebabkan lonjakan harga bahan api dan menggugat tahap ekonomi dunia, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Trump ketika pilihan raya pertengahan penggal, pada November ini, semakin hampir.

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM