RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) disiasat secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasan Bahrom berkata, dapatan RCI perlu diterjemahkan kepada tindakan yang jelas, termasuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.

Beliau berkata, YADIM turut melihat isu berkenaan daripada sudut amanah memandangkan dana yang diuruskan Tabung Haji merupakan simpanan umat Islam bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

“Wang yang diurus TH adalah simpanan umat Islam yang dikumpulkan untuk satu tujuan besar, iaitu menunaikan ibadah haji.

“Justeru, pengurusan dana tersebut perlu sentiasa berada di bawah tadbir urus yang jelas, kawalan yang berkesan dan pematuhan syariah,” katanya menerusi kenyataan semalam.

YADIM turut menyokong pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Zulkifli Hasan supaya dapatan RCI dijadikan asas kepada penambahbaikan tadbir urus TH.

Hasan berkata, ketelusan perlu bergerak seiring dengan pertanggungjawaban bagi memastikan amanah serta kepentingan rakyat dalam sesebuah institusi terus terpelihara.

Pada masa sama, YADIM berharap proses susulan terhadap laporan RCI dilaksanakan secara profesional, berasaskan fakta dan lunas undang-undang tanpa menjadikan isu berkenaan sebagai ruang untuk kepentingan politik atau tuduhan tidak berasas.

Untuk rekod, laporan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 telah didedahkan kepada umum pada 29 Julai 2026 selepas kerajaan memutuskan untuk menyahklasifikasikannya daripada Akta Rahsia Rasmi 1972.

Laporan berkenaan antara lain mengetengahkan kelemahan dalam aspek pengurusan dan tadbir urus TH sepanjang tempoh yang disiasat serta mengesyorkan beberapa langkah penambahbaikan dan tindakan susulan.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap