Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan hampir RM100,000 bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap sistem perkhidmatan bas di bandar raya Kuantan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kajian berkenaan dijalankan oleh pihak PLANMalaysia.

Beliau berkata, ia turut melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan laluan, kekerapan dan kemudahan perkhidmatan bas benar-benar memenuhi keperluan rakyat serta mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Kita mahu pastikan bas yang disediakan memenuhi kehendak rakyat, bukan sekadar ada perkhidmatan tetapi bas datang tanpa penumpang. Itu merupakan satu pembaziran.

“Kita juga mahu melihat jalinan ‘connectivity’ perkhidmatan bas dalam bandar. Katalah, dari Kampung Kempadang hendak ke stesen Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), adakah penduduk boleh menggunakan BasMy untuk ke ECRL di KotaSAS.

“Jadi, antara perkara yang saya titik beratkan di kawasan bandaraya ini adalah perkhidmatan yang boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta kemudahan infrastruktur seperti pondok bas,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata, aspek infrastruktur seperti pondok bas turut diberi perhatian bagi memastikan keselesaan pengguna khususnya pelajar dan orang awam.

“Kita tidak mahu lagi melihat tempat menunggu bas hanya ada papan tanda atau bendera. Negara kita mempunyai cuaca panas dan hujan yang tidak menentu, jadi pondok bas adalah satu kemestian,” katanya.

Tambah beliau, sistem pengangkutan awam yang lebih cekap juga penting dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian sekali gus mengurangkan kesesakan dan pelepasan karbon.

Beliau berkata, pemantauan terhadap pelaksanaan kajian dan penambahbaikan perkhidmatan akan dilakukan secara berkala bagi memastikan cadangan yang dikemukakan benar-benar memberi impak kepada pengguna.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas kelulusan peruntukan berkenaan yang disifatkan sebagai langkah penting ke arah mewujudkan sistem pengangkutan awam lebih cekap, mesra rakyat serta menyokong aspirasi bandar raya hijau dan rendah karbon.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah