Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

NANA MOHAMAD & EVELINE B.

SIBU – Institusi masjid dan surau perlu diperkasakan sebagai pusat pembangunan ummah yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah menjadi wadah penyebaran ilmu, pembentukan akhlak serta peningkatan kesejahteraan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha mengimarahkan masjid tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah jemaah semata-mata, sebaliknya perlu memastikan nilai Islam diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, pengisian aktiviti masjid dan surau perlu diperluas dengan merangkumi pelbagai bidang ilmu yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat, termasuk aspek kesihatan, pendidikan dan kekeluargaan.

“Masjid dan surau perlu memperluas pengisian program agar tidak hanya tertumpu kepada ibadah khusus dan pengajian agama asas, sebaliknya turut merangkumi bidang lain seperti kesihatan dan keibubapaan dengan menjemput pakar berkaitan untuk berkongsi ilmu serta kepakaran demi manfaat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Muktamar Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Sarawak sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak (MIS) Zon Tengah 2026 di Kompleks Islam Sarawak Sibu, pada Sabtu.

Fadillah berkata, pembangunan ummah perlu memberikan penekanan kepada penguasaan ilmu, kemahiran dan penghayatan nilai Islam bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang dari segi ekonomi, pendidikan serta akhlak.

Menurutnya, kemajuan ekonomi dan pembangunan Sarawak yang semakin mendapat perhatian pihak luar perlu disusuli usaha berterusan untuk memperkukuh keupayaan masyarakat Islam agar dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan memanfaatkan teknologi bagi memperluas capaian program ilmu yang dianjurkan masjid dan surau.

Katanya, penggunaan kemudahan siaran langsung membolehkan perkongsian ilmu disampaikan kepada masyarakat yang lebih luas tanpa terhad kepada jemaah yang hadir secara fizikal.

Selain itu, Fadillah turut mengingatkan jawatankuasa pengurusan masjid supaya memberikan perhatian serius terhadap aspek kebersihan, khususnya kemudahan tandas yang mencerminkan penghayatan nilai kebersihan dan kesucian dalam Islam.

Beliau berkata, usaha memperkukuh pengurusan dan pengimarahan masjid memerlukan komitmen berterusan daripada jawatankuasa masjid serta masyarakat setempat.

Sehubungan itu, institusi masjid dan surau diharap dapat terus memainkan peranan sebagai pusat komuniti yang menyatukan masyarakat, memperluas akses ilmu serta menyumbang kepada pembangunan ummah yang berilmu, berakhlak dan sejahtera.

Related Posts

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

KOTA KINABALU – Pelancongan berasaskan kebudayaan berpotensi menjadi pemacu ekonomi komuniti luar bandar dengan seni pembuatan gong tradisional di Matunggong antara khazanah warisan yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

TENOM – Kerajaan Negeri Sabah menyasarkan peningkatan kadar sara diri (SSR) padi dan beras daripada 22 peratus kepada 40 peratus menjelang 2030 menerusi usaha memperkukuh pengeluaran makanan tempatan dan keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus