Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

LIMBANG – Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau diseru menilai rekod pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata, pilihan raya merupakan peluang kepada rakyat untuk menilai pencapaian dan usaha kerajaan dalam membawa pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Menurutnya, penilaian itu perlu mengambil kira pelbagai projek yang telah dilaksanakan, sama ada berskala besar mahupun kecil, berdasarkan manfaat yang diterima penduduk.

“Pilihan raya merupakan satu peluang untuk kita melihat kembali apa yang telah dilakukan oleh kerajaan GPS, khususnya untuk rakyat di kawasan Batu Danau.

“Kita perlu menilai segala usaha dan pembangunan yang telah dilaksanakan, sama ada projek besar mahupun kecil, kerana semuanya mempunyai kepentingan tersendiri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Keluarga Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bisaya Tahun 2026 di Dewan St. Edmund, pada Sabtu.

Paulus berkata, pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Sarawak bukan hanya tertumpu kepada kelompok masyarakat tertentu, sebaliknya merangkumi kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Menurutnya, masyarakat Bisaya perlu terus mengekalkan perpaduan dan kebersamaan dalam menghadapi pilihan raya akan datang, khususnya bagi memastikan kesinambungan perwakilan mereka di DUN Batu Danau.

“Sebelum ini, saya telah meminta masyarakat Bisaya supaya terus bersatu padu kerana Batu Danau merupakan satu-satunya kerusi yang dikaitkan dengan perwakilan masyarakat Bisaya.

“Saya berharap seluruh masyarakat Bisaya dapat bersatu hati ketika membuat pilihan pada pilihan raya nanti demi memastikan kerusi ini terus dipertahankan,” katanya.

Dalam pada itu, Paulus turut menyeru masyarakat daripada kaum lain termasuk Iban, Cina dan Lun Bawang supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menentukan hala tuju pembangunan Batu Danau.

Beliau menegaskan bahawa usaha mengekalkan perwakilan di kawasan berkenaan tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman, sebaliknya berpaksikan kepentingan bersama masyarakat setempat.

Menurutnya, sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, beliau sentiasa berusaha memberikan perhatian kepada keperluan semua kaum tanpa membezakan latar belakang mereka.

“Saya yakin perkara ini bukan bersifat perkauman. Sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN, saya sentiasa berusaha menjaga kepentingan semua kaum tanpa mengira latar belakang mereka.

“Yang penting ialah bagaimana kita dapat memastikan setiap masyarakat mendapat perhatian sewajarnya dan pembangunan dapat dilaksanakan secara adil,” katanya.

Paulus turut menekankan kepentingan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan penduduk Batu Danau terus diberikan perhatian.

Related Posts

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

KOTA KINABALU – Pelancongan berasaskan kebudayaan berpotensi menjadi pemacu ekonomi komuniti luar bandar dengan seni pembuatan gong tradisional di Matunggong antara khazanah warisan yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

NANA MOHAMAD & EVELINE B. SIBU – Institusi masjid dan surau perlu diperkasakan sebagai pusat pembangunan ummah yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah menjadi wadah penyebaran ilmu, pembentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus