Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

SARATOK – Dua wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian dalam dua serbuan berasingan di sekitar pekan Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 25 dan 22 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam Op Dadu.

Beliau berkata dalam serbuan pertama kira-kira 11.52 pagi, seorang wanita berusia 25 tahun yang berasal dari Sibu ditahan di sebuah premis di pekan Saratok.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit Redmi C1 berwarna hitam, sebuah kotak berwarna putih dan sejumlah wang tunai pelbagai denominasi.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menjadi ejen jualan judi tambah nilai dalam talian sejak kira-kira sebulan lalu sebagai sumber pendapatan sampingan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing suspek didapati negatif, manakala semakan rekod mendapati dia mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah pada 2025.

Dalam serbuan kedua kira-kira 12.27 tengah hari di sebuah premis di pekan yang sama, polis menahan seorang wanita berusia 22 tahun dari Bintangor yang dipercayai menjalankan kegiatan serupa.

Beliau berkata polis merampas sebuah telefon bimbit Redmi C1 berwarna biru, sebuah kotak berwarna oren bertulis HUAWEI serta sejumlah wang tunai pelbagai denominasi.

“Suspek mengaku menjalankan aktiviti sebagai ejen jualan judi tambah nilai dalam talian sejak sebulan lalu dengan menyasarkan pelanggan di sekitar pekan Saratok.

“Pemeriksaan air kencing mendapati suspek negatif dan semakan juga mendapati tiada rekod lampau,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan siasatan bagi kedua-dua kes telah selesai.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai