RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan supaya siasatan susulan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara menyeluruh tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

Seri Paduka Baginda bertitah, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan kelemahan atau kesalahan yang didedahkan melalui laporan berkenaan tidak berulang.

Titah itu disampaikan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, selepas Seri Paduka Baginda menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Bukit Tunku.

“Jangan ada yang terlepas daripada tindakan sekiranya benar-benar didapati bersalah. Yang penting, perkara seperti ini tidak boleh berulang,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam hantaran sama, Seri Paduka Baginda menegaskan siasatan berhubung perkara berkenaan perlu dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’ bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Baginda turut menekankan keperluan supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Pertemuan antara Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri berlangsung lebih sejam, dengan Anwar mempersembahkan taklimat mengenai kandungan Laporan RCI TH.

Selain isu Tabung Haji, perkembangan semasa membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) turut dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Laporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai lalu mengandungi pelbagai dapatan berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Sementara itu, satu sidang khas Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan berkenaan.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar