JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

PENAMPANG – Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah Penampang diseru supaya bersatu dan bekerjasama bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Penampang 2024–2035 dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, kerjasama erat itu amat penting bagi memastikan agenda pembangunan di setiap kampung dapat direalisasikan.

Katanya, dalam tempoh lebih tiga tahun kebelakangan ini, pelbagai projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan di Penampang, termasuk projek tebatan banjir, pemasangan paip serta penyaluran bekalan air dari Stesen Kampung Madsiang ke SMK Kipouvo.

“Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Penampang 2024–2035 memerlukan sokongan semua pemimpin di daerah berkenaan, termasuk ADUN Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

“Perhatian turut diberikan kepada projek-projek kecil yang diperlukan JKKK dan komuniti kampung,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.



Menurut Ewon, antara projek yang siap ialah pembinaan Jambatan Timpango Babagon serta Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) di Kampung Togudon.

“Selain itu projek menaik taraf Tamu Donggongon yang sebelum ini tertangguh kini hampir siap dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya tahun ini.

“Dewan Kampung Pagansakan Inobong yang sebelum ini mengalami kerosakan akibat banjir juga sedang dibaik pulih,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, Ewon turut memaklumkan akan menyalurkan geran pentadbiran sebanyak RM2,000 kepada setiap JKKK di kawasan Parlimen Penampang bagi membantu melancarkan urusan pentadbiran serta pelaksanaan aktiviti di peringkat kampung.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari