PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

SARATOK – Golongan belia digalakkan memanfaatkan laluan pendidikan, TVET dan STEM bagi memperkukuh daya saing serta memenuhi keperluan tenaga kerja dalam ekonomi digital.

TVET merujuk kepada Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional manakala STEM adalah Sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, pendidikan merupakan pelaburan strategik bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Pendidikan merupakan pelaburan strategik untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Generasi muda perlu memanfaatkan laluan pendidikan, TVET dan STEM bagi memperkukuh daya saing serta memenuhi keperluan tenaga kerja dalam ekonomi digital,” katanya ketika merasmikan Jerayawara Project of Dreams Realized (PRO-DR) 2026 di Dewan Kolej Tingkatan Enam Saratok (KTES), pada Sabtu.

Jerayawara PRO-DR 2026 di Saratok merupakan destinasi ketujuh program anjuran Tabung Amanah Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang meneruskan usaha memperluas akses kepada pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya untuk komuniti luar bandar.

Program berkenaan menampilkan pameran ekspo pendidikan dan kerjaya yang menghimpunkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, penyedia latihan TVET, pertandingan TVET serta kuiz interaktif.

Kehadiran pelajar, guru dan komuniti sejak awal pagi mencerminkan komitmen untuk memperkasa bakat tempatan melalui laluan TVET dan STEM.

Pendedahan itu penting dalam membina kemahiran bernilai tinggi yang selari dengan keperluan ekonomi digital Sarawak.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang dan Pengetua KTES, Omar Sharif Buseri, wakil Pegawai Daerah Saratok, Hajijah Dahlan dan Wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Saratok, Lee Kim Yeng.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana