Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan


TAWAU – Kerajaan Sabah sedang giat mengenal pasti serta menarik lebih ramai tenaga pakar termasuk dari Semenananjung bagi menangani isu kekurangan petugas kesihatan di negeri ini.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, usaha itu termasuk memperluaskan kapasiti latihan dalam bidang kejururawatan dan pembantu perubatan (MA) bagi memastikan keperluan tenaga kerja sektor kesihatan dapat dipenuhi secara berterusan.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil maklum pandangan berkaitan pelaksanaan program seperti MySTEP yang masih belum dapat menampung keperluan khususnya bagi jawatan sokongan.

“Bagaimanapun, cabaran utama adalah ramai tenaga mahir ini kini berkhidmat di luar, termasuk di luar negara, dengan tawaran gaji yang lebih tinggi.

“Ini menyukarkan usaha untuk membawa mereka pulang berkhidmat di tempat sendiri,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Sukan dan Kebudayaan (SUKTEM) 8.0 Peringkat Sabah Zon Pantai Timur di Kolej Tingkatan Enam Tawau, pada Sabtu.

Menurut ADUN Kukusan itu, perkembangan positif dapat dilihat apabila semakin ramai pelajar menunjukkan minat dalam bidang perubatan dan pergigian.

“Perkembangan ini amat baik apabila semakin ramai pelajar menunjukkan kecenderungan untuk memilih jurusan khusus dalam bidang tersebut.

“Diharapkan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, negara mampu melahirkan lebih ramai tenaga pakar serta tenaga kesihatan termasuk MA bagi memenuhi keperluan sektor ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan berasingan, Rina berkata, isu melibatkan pegawai perubatan dan penolong pegawai perubatan terus diberi perhatian di peringkat dasar dan Kabinet, termasuk melalui sesi dialog bersama pihak berkepentingan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita juga banyak mengadakan sesi dialog bagi memahami isu dan masalah kebajikan yang dihadapi doktor serta tenaga pakar.

“Perkara ini bukan sahaja melibatkan keperluan fasiliti dan utiliti, malah turut merangkumi aspek kebajikan para petugas kesihatan.

“Kita mempunyai rekod berdasarkan keperluan dan isu yang dikenal pasti di setiap hospital bagi memastikan sokongan yang diperlukan dapat diberikan secara sewajarnya,” tambahnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan