Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

SARIKEI – Bahagian Sarikei bakal menerima penambahbaikan dalam beberapa sektor utama termasuk kesihatan, sukan dan pengangkutan, susulan beberapa perancangan pembangunan yang diumumkan Kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara kemudahan yang bakal ditingkatkan adalah Hospital Sarikei menerusi penambahan 10 mesin dialisis bagi memenuhi keperluan pesakit di kawasan berkenaan.

“Kerajaan bersetuju menambah 10 mesin dialisis di Sarikei dan kemudahan itu akan ditempatkan di Hospital Sarikei bagi meningkatkan kapasiti rawatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei 2026 di Kompleks Sukan Sarikei pada Sabtu.

Dalam sektor sukan, beliau berkata cadangan menaik taraf Stadium Sarikei yang dikemukakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh turut mendapat kelulusan.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari memberi bayangan penjawat awam Sarawak berkemungkinan menerima imbuhan bersamaan dua bulan gaji berdasarkan prestasi pendapatan negeri bagi tempoh enam bulan pertama yang memberangsangkan, namun perincian mengenainya hanya akan diketahui menerusi pembentangan Bajet Sarawak.

“Daripada laporan yang saya terima untuk tempoh enam bulan pertama, prestasi kita agak meyakinkan. Jadi melihat komitmen penjawat awam yang bekerja keras, saya berani memberi bayangan dua bulan,” katanya.

Sementara itu, perancangan membesarkan Lapangan Terbang Tanjung Manis bagi membolehkan pesawat ATR beroperasi turut dilihat mampu merancakkan pelancongan dan ekonomi, manakala potensi perdagangan karbon melalui kawasan hutan paya bakau Sarikei akan dikaji sebagai sumber pendapatan baharu untuk menyokong pembangunan bahagian berkenaan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan