Sabah fokus pendekatan holistik lindungi kanak-kanak dari ancaman digital – Rina


TAWAU – Kerajaan Sabah menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sentiasa memberi tumpuan kepada sebarang bentuk pencegahan, perlindungan sehingga ke intervensi psikososial dan pemulihan demi memastikan keselamatan kanak-kanak termasuk dari ancaman digital terus terjamin.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, sebarang bentuk sokongan termasuk pencegahan dan bantuan psikososial kepada kanak-kanak sentiasa diperkemas dan dipraktikkan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).


“Jika terdapat unsur jenayah, kes akan dirujuk dan diselaraskan dengan PDRM serta agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“JPKA juga menyokong pengukuhan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta kerangka kawal selia terkini terhadap platform digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas pendekatan Kerajaan Sabah memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin daripada ancaman digital seperti buli siber, eksplotasi sosial dalam talian dan penipuan internet.

Menurut Rina, keselamatan kanak-kanak dalam talian bukan tanggungjawab keluarga semata-mata, tetapi memerlukan komitmen kerajaan, penyedia platform, sekolah dan masyarakat.

“Justeru itu, kerjasama bersepadu antara semua agensi kerajaan juga terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

“Pendekatan ini dilaksanakan selaras dengan dasar perlindungan kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk usaha pencegahan serta langkah ‘safeguarding’ atau perlindungan menyeluruh terhadap keselamatan dan kebajikan kanak-kanak,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Rina yang juga ADUN Kukusan berkata, perlindungan kanak-kanak di Sabah dilaksanakan melalui kerangka perundangan dan dasar nasional serta mekanisme perkhidmatan negeri yang selari dengan agenda ASEAN.

Katanya, JPKA terus menyokong pelaksanaan dasar dan pelan tindakan kanak-kanak di peringkat nasional serta memperkukuh kerjasama dengan PDRM, SKMM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, NGO dan komuniti.

“Pada masa yang sama, JPKA sentiasa bersedia menambah baik mekanisme negeri supaya respons terhadap ancaman digital dapat dibuat dengan lebih cepat dan berkesan.

“Pendirian JPKA jelas iaitu untuk melindungi kanak-kanak secara fizikal atau dalam talian selain memastikan pemulihan serta kepentingan kanak-kanak terpelihara,” tegasnya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan