UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah baharu apabila memeterai kerjasama strategik bersama Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dan Construction Industry Development Board (CIDB) bagi membangunkan piawaian pengujian geoteknikal tanah gambut di negara ini.

Usaha sama berimpak tinggi itu direalisasikan menerusi majlis penyerahan surat pelantikan projek fasa pertama yang memfokuskan perkhidmatan pembangunan piawaian pengujian secara terus di lapangan bertempat di universiti berkenaan pada Jumaat.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, pembangunan piawaian tersebut amat penting memandangkan Sarawak memiliki keluasan tanah gambut terbesar di Malaysia yang sebahagian besarnya terletak di kawasan pesisir pantai serta pusat ekonomi.

Menurut beliau, data geoteknikal yang tepat sangat diperlukan bagi memastikan sebarang pembangunan infrastruktur di kawasan berisiko itu dapat dilaksanakan dengan selamat, berkesan dan menjimatkan peruntukan.

“Tanpa ujian parameter geoteknikal yang tepat, reka bentuk infrastruktur cenderung menjadi terlalu konservatif dan akhirnya meningkatkan kos pembinaan secara ketara,” katanya.

Beliau menjelaskan, inisiatif berkenaan yang diuruskan oleh UNIMAS Holdings Sdn Bhd (UHSB) turut selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) dan mendukung agenda Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif CREAM, Ts Syed Hazni Abd Gani memaklumkan bahawa projek fasa pertama tersebut bakal melengkapkan dokumen garis panduan pembinaan di atas tanah gambut yang pernah diterbitkan pada tahun 2019.

Jelasnya, industri kejuruteraan geoteknikal kini perlu beralih ke arah penggunaan data lapangan menerusi teknologi pengujian moden seperti Piezocone dan Piezoball bagi memperoleh keputusan yang lebih bersesuaian dengan struktur tanah tempatan.

Tambahnya, kepakaran yang dimiliki oleh penyelidik UNIMAS diyakini mampu membantu mentafsir data ujian secara lebih menyeluruh, sekali gus mengurangkan ketidakpastian teknikal yang sering dikaitkan dengan kawasan tanah gambut.

“Piawaian yang bakal dibangunkan ini diyakini mampu membantu jurutera menghasilkan reka bentuk jalan raya dan infrastruktur yang lebih optimum pada masa hadapan,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Pengurus CIDB, Mohammad Faizal Abdul Hamid, Pengarah CIDB Sarawak, Ts Br Rosmen Ag Hassan serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Ir Dr Siti Nor Linda Taib.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX